ETIKA PEMENTORAN

Etika Perhubungan Pementoran

 

Tiada Diskriminasi

Mentor mestilah menghormati kepelbagaian individu dan tidak mendiskriminasi menti atas sebab-sebab seperti umur, warna kulit, ketidakupayaan, budaya, etnik, jantina, bangsa, orientasi seks, status perkahwinan atau status sosio-ekonomi.

 

Makluman Menti

Mentor mesti memaklumkan kepada menti maklumat secukupnya berhubung proses dan perhubungan pementoran.

 

Perhubungan Peribadi

Mentor  mesti  berusaha  untuk  mengelakkan  perhubungan  mesra  yang  berlebihan dengan  menti  sehingga  boleh  melemahkan  pertimbangan  profesional.  Apabila perhubungan  ini  tidak  dapat  dielakkan,  maka  mentor  mesti  mengambil  langkah bersesuaian supaya penilaian yang dibuat tidak terjejas dan mewujudkan ekploitasi terhadap menti.

 

Perhubungan Intim

Mentor tidak boleh terlibat di dalam sebarang jenis perhubungan intim dengan menti. Mentor juga tidak boleh terlibat dalam perhubungan seksual dengan menti.

Perhubungan di Luar Bidang Tugas

Mentor tidak boleh terlibat dalam perhubungan mesra di luar bidang tugas dengan menti yang di bawah penilaian mereka.

 

Ketidakupayaan Membantu Menti

Mentor  perlu  menamatkan  perhubungan  pementoran  secepat  mungkin  sekiranya tidak berupaya membantu menti secara profesional. 

Keperluan Kerahsiaan

Mentor mesti menyimpan semua maklumat yang bersifat peribadi dan sulit kecuali pendedahan untuk kebaikan menti dan keperluan perkhidmatan. Apabila pendedahan perlu, hanya maklumat berkaitan diberikan dan menti perlu dimaklumkan tentang pendedahan tersebut.

 

Kerahsiaan Di Kalangan Pegawai

Mentor perlu memastikan bahawa keperibadian dan kerahsiaan menti dikekalkan di kalangan pegawai di kementerian/jabatan.

 

Kerahsiaan Di Kalangan Urus setia Program Pengupayaan Kendiri

Mentor perlu memastikan maklumat pementoran hanya diberikan kepada Urus setia Program Pengupayaan Kendiri tanpa mendedahkan kepada pihak lain.

 

Tanggungjawab Profesional

Mentor  mesti  mempraktikkan  pementoran  dalam  batas  kecekapan  mereka sahaja.

 

Peningkatan Pengetahuan

Mentor  mesti  meningkatkan  tahap  kecekapan  dan  pengetahuan  mereka  bagi mengekalkan perkhidmatan yang profesional.

 

Ketidakupayaan Profesional

Mentor  mesti  mengelakkan  diri  daripada  memberikan  perkhidmatan  apabila
beliau  mengalami  permasalahan  peribadi  atau  konflik  yang  boleh  merosakkan
menti.

 

Gangguan Seksual

Mentor  tidak  boleh  terlibat  di  dalam  melakukan  gangguan  seksual  terhadap menti.

 

Bayaran Perkhidmatan

Mentor  tidak  boleh  mengenakan  atau  menerima  sebarang  bayaran  bagi  khidmat pementoran yang mereka jalankan.

 

Persiapan Untuk Pementoran

Mentor yang terlibat dalam pementoran mestilah terlatih dan bersedia dengan teknik dan kaedah pementoran yang betul.

 

Batasan Keupayaan Menti

Mentor mestilah membantu menti di dalam memberikan khidmat nasihat, bimbingan
dan tunjuk ajar yang sewajarnya sesuai dengan keupayaan dan keperluan menti.

Pengalaman Kendiri

Mentor tidak boleh menggunakan pengalaman kendiri dalam menilai, melatih dan mengajar mentee kecuali pengalaman yang boleh dijadikan panduan dan teladan yang baik kepada mentee.

 

 

No comments:

Post a Comment