Etika
Perhubungan Pementoran
Tiada Diskriminasi
Mentor mestilah menghormati kepelbagaian
individu dan tidak mendiskriminasi menti atas
sebab-sebab seperti umur, warna kulit, ketidakupayaan, budaya, etnik, jantina,
bangsa, orientasi seks, status perkahwinan atau status sosio-ekonomi.
Makluman Menti
Mentor mesti memaklumkan kepada menti maklumat
secukupnya berhubung proses dan perhubungan pementoran.
Perhubungan Peribadi
Mentor
mesti berusaha untuk
mengelakkan perhubungan mesra
yang berlebihan dengan menti sehingga
boleh melemahkan pertimbangan
profesional. Apabila perhubungan ini tidak
dapat dielakkan, maka
mentor mesti mengambil
langkah bersesuaian supaya penilaian yang dibuat tidak
terjejas dan mewujudkan ekploitasi terhadap menti.
Perhubungan Intim
Mentor tidak boleh terlibat di dalam sebarang
jenis perhubungan intim dengan menti. Mentor juga tidak boleh terlibat dalam
perhubungan seksual dengan menti.
Perhubungan di Luar Bidang Tugas
Mentor tidak boleh terlibat dalam perhubungan
mesra di luar bidang tugas dengan menti yang di bawah penilaian mereka.
Ketidakupayaan Membantu Menti
Mentor
perlu menamatkan perhubungan
pementoran secepat mungkin
sekiranya tidak berupaya membantu menti secara profesional.
Keperluan
Kerahsiaan
Mentor mesti menyimpan semua maklumat yang
bersifat peribadi dan sulit kecuali pendedahan
untuk kebaikan menti dan keperluan perkhidmatan. Apabila pendedahan perlu, hanya maklumat berkaitan diberikan dan menti perlu dimaklumkan
tentang pendedahan tersebut.
Kerahsiaan Di Kalangan Pegawai
Mentor perlu memastikan bahawa keperibadian
dan kerahsiaan menti dikekalkan di kalangan pegawai di kementerian/jabatan.
Kerahsiaan Di Kalangan Urus setia Program Pengupayaan
Kendiri
Mentor perlu memastikan maklumat pementoran
hanya diberikan kepada Urus setia Program Pengupayaan Kendiri tanpa mendedahkan
kepada pihak lain.
Tanggungjawab Profesional
Mentor
mesti mempraktikkan pementoran
dalam batas kecekapan
mereka sahaja.
Peningkatan Pengetahuan
Mentor
mesti meningkatkan tahap
kecekapan dan pengetahuan
mereka bagi mengekalkan
perkhidmatan yang profesional.
Ketidakupayaan Profesional
Mentor
mesti mengelakkan diri
daripada memberikan perkhidmatan
apabila
beliau
mengalami permasalahan peribadi
atau konflik yang
boleh merosakkan
menti.
Gangguan Seksual
Mentor
tidak boleh terlibat
di dalam melakukan
gangguan seksual terhadap menti.
Bayaran Perkhidmatan
Mentor
tidak boleh mengenakan
atau menerima sebarang
bayaran bagi khidmat pementoran yang mereka jalankan.
Persiapan Untuk Pementoran
Mentor yang terlibat dalam pementoran mestilah
terlatih dan bersedia dengan teknik dan kaedah pementoran yang betul.
Batasan Keupayaan Menti
Mentor mestilah membantu menti di dalam
memberikan khidmat nasihat, bimbingan
dan tunjuk ajar yang sewajarnya sesuai dengan keupayaan dan keperluan menti.
Pengalaman Kendiri
Mentor tidak boleh menggunakan pengalaman
kendiri dalam menilai, melatih dan mengajar mentee kecuali pengalaman yang
boleh dijadikan panduan dan teladan yang baik kepada mentee.